Skip to main content

TIPS MELANCONG KE BANDUNG

Assalamualaikum,

Bandung oh Bandung...hehehe, actually sejak beberapa tahun ni rakyat malaysia dah jadikan bandung tu tempat yang wajib dikunjungi dan ak pn diberikan rezeki untuk pijak bumi bandung untuk kali ketiga (cewahh mcm meninggi diri plak..). Sebenarnya rezeki Allah aku dah menjejakkan kaki kt bandung buat kali pertama masa tahun 2009, masa tu lawatan sambil belajar di Universitas Pendidikan Indonesia (UPI)..urmm universiti ni ala2 UPSI kalau di Malaysia =).

Kali kedua menjejakkan kaki di Bandung masa tahun 2009 juga tapi kali ini tujuannya berbeza sedikit sebab sebelum ini datang bandung boleh bersuka ria tapi kali ini tidak sama sekali hehehe..Alhamdulilah saya telah dipilih untuk membuat latihan amali iaitu MENGAJAR di sekolah pendidikan khas di Bandung. So peluang ini menyebabkan saya sangat familiar dengan bandung dan ramai kawan kat sana. Disebabkan terlalu rindu dengan kawan-kawan di bandung yang peramah dan baik hati maka untuk kali ketiganya saya menjejakkan bandung pada akhir tahun 2012 bersama-sama dengan housemate saya..ALHAMDULILLAH =)

Baiklah di sini akan saya kongsikan beberapa tips berguna sebelum dan semasa ke Bandung, mungkin tips saya berikan ini lain dari yang lain dari blog2 yang lain hehehe..

1. Passport dan Tiket
Sebelum merancang nak ke bandung, pastikan anda dah siapkan passport, kepada peminjam PTPTN tu  jangan lupa cek nama anda kat pihak imigresen,takut-takut nama anda kena blacklist tidak boleh  ke luar negara..bukan ker payah tu hehehe. Satu lagi tiket, jangan plak nak pergi bandung tiket lupa nak bawa tu memamng nak cari nahas hahaha. Masa pergi ke bandung untuk kali ketiga tiket yang kami dapat agak mahal juga walaupun masa tu ada promosi. Kami dapat dalam RM400 return  lebih kurang mcm tu ler harganya. So, saya pasti anda semua di luar sana boleh dapat lagi murah,so rajin-rajin la buka air asia yer =)

2. DUIT, KAMERA, ADAPTER PLUG
Ada sesetengah pelancong kata baik kita tukar duit siap-siap di Malaysia sebab bila dah tukar di Indonesia kita rugi. Sebenarnya bagi aku tak betul juga sebab kita tengok keadaan semasa. Masa nak pergi ke bandung, aku dan rakan-rakan memang dah siap-siap tukar ke rupiah. Tapi bila dah sampai kat Bandung aku tukar sekali lagi then Alhamdulillah aku dapat rate tinggi berbanding di Malaysia. Kesimpulannya pertukaran mata wang asing ni ikut keadaan saham juga jadi x kisah la anda nak tukar duit kat mana yang penting jangan tukar kat Bank sebab anda akan rugi hehehe. Satu lagi jangan tukar kat Pasar Baru sebab anda akan rugi tau,lebih baik tukar di Luar Pasar Baru. Kat luar tu berlambak money changer.


Kamera jangan lupa bawa, tiada kamera handphone pun ok juga lagipun hp sekarang dah canggih-canggih. Di Bandung tu banyak tempat yang menarik sebab cuacanya yang dingin tapi tidak perlu nak gedik-gedik bawa baju tebal macam nak pergi eropah yang ada salji hahahaha. Adapter plug kalau malas sangat nak bawa dari Malaysia baik beli je kat Mall di Bandung, berlambak tau..

3. UBAT
Jangan lupa pastikan anda bawa sedikit bekalan ubat-ubatan sebagai persediaan kalau anda diserang sakit perut ker,cirit birit ker,demam ker dan sewaktu dengannya ler..hehehe Tapi kebiasaanya anda takkan sakit kot sebab terlalu excited nak pergi shopping dan jalan-jalan cuci mata.

4. BEG DAN PERHATIAN KEPADA MEREKA YANG BERSAIZ L, XL DAN KE ATAS
Masa kat bandung aku bawa beg kecik je..beg galas n beg besar kosong satu hahahaha. beg besar kosong tu sebab aku nak isi kain yang ak borong kat bandung nanti. Kepada sesiapa yang berbadan besar (maaf yer kalau ada yang tersinggung =), admin nak bagi peringatan je berdasarkan pengalaman-pengalaman lepas) anda dinasihatkan bawa baju yang mencukupi sebab korang x payah nak berangan-angan nak beli baju kat sana sebab korang susah nak cari saiz yang besar especially baju blouse. Tanggapan aku baju kat sana saiznya ikut penduduk bandung yang kebanyakkan orangnya kecil2 dan cantik-cantik hehehe. kebanyakan mereka bersaiz s,m dan l je.

5. JANGAN LAYAN PENGEMIS / PENJUAL JALANAN
Jangan plak korang terkejut kat sana bila tiba-tiba je ada orang dari belakang,depan,kanan n kiri datang nak minta sedekah. Situasi kat sana adalah lumrah so bila korang berada dalam situasi di atas, korang buat bodoh je dan jangan layan sangat..abaikan yer. Sama juga situasinya dengan penjual jalanan, jangan layan dan kalau boleh janganbeli barangan mereka sebab bila korang dah beli 10 penjual jalanan akan datang serbu korang..silap ari bulan dompet korang kena samun huhuhuh.

6. TIPS
Sediakan duit kecil yer sebab kat sana semua kena ada tips, nak reverse keta pun kena bagi tips, nak parking keta kena ada tips kiranya semua kena ada tips la. Tapi tips tu tidak terlalu mahal sebab semua bergantung dengan kesanggupan anda nak bagi berapa..hehehe.

7. HOTEL DAN PENGANGKUTAN
Kepada sesiapa yang tujuan utama nak ke bandung untuk membeli belah,aku sarankan korang pilih hotel dekat dengan tempat shopping so senang dan menjimatkan masa,tenaga dan wang ringgit hehehe. Tapi kepada mereka yang lebih kepada bersantai-santai di kota bandung aku sarankan pilih hotel yang jauh sikit dari bandar sebab tempat di luar bandar suasananya nyaman dan tenang, memang x rugi la. Hotel kena tempah yer sebelum korang berlepas nak ke bandung. Korang boleh buat tempahan di Internet seperti Agoda, Asia Room dan pelbagai, tapi kena hati-hati takut ada yang tidak boleh dipercayai. Masa saya nak ke bandung,kami x tempah hotel sebab dah ada kawan di sana jadi senang skit la just inform dengan mereka selebihnya mereka akan urus.

Pengangkutan pula lebih baik korang guna supir (pemandu) terutama kalau nak pergi ke tempat-tempat pelancongan. Kepada sesiapa nak guna teksi ke Mall boleh la guna teksi warna biru ya. Bagi backpackers yang berjimat cermat saya sarankan naiklah Angkotan Kota.,memang menjimatkan dan best. Aishhh tetiba teringat masa praktikal dulu,setiap kali pergi dan balik sekolah kena naik angkotan kota..hehehe

8. LIST TEMPAT MENARIK
Sebelum bertolak tu,adalah lebih baik korang buat research dulu dan buat list nak pergi mana sebab jarak tempat menarik kat sana jauh. Jadi penting untuk korang buat list untuk jimatkan masa sebabnya kebanyakan masa korang akan diperuntukkan untuk shopping (pompuan kena alert erk..). Masa aku kat bandung pun x ckup masa je walaupun dah buat list sebab keadaan sana yang selalu jalan raya sesak huhuh,banyak masa terbuang dalam kereta so sangat2 rugi. Nanti entry seterusnya aku akan upload gambar tempat-tempat pelancongan yang menjadi tumpuan orang malaysia dan tempat yang orang malaysia x pernah pergi sebab aku ni special case hehehe (kawan kat sana ramai =)).


9. CUKAI
Penting ni tau sebab bila dah nak balik nanti jangan plak korang sibuk bershopping smpai xde satu sen pun tinggal sebab nanti masa nak balik korang akan dikenakan cukai airport. Tapi masa aku nak balik dulu, aku dan rakan-rakan tidak dikenakan cukai,Alhamdulilah rezeki. mungkin disebabkan flight kami dah nak berlepas tapi kami masih bersantai2 di luar airport then nama dah kena mention banyak kali hahahaha,lepas tu mula kalut2 then lupa nak bayar cukai huhuhuh,nasib baik x ken tuntut hahahah.

---> nampaknya cukup setakat ni kot tips dari aku,entry seterusnya aku akan tunjukkan betapa menariknya kota bandung sehinggakan korang tak sabar nak pergi sana hehehe..



tengah tunggu flight
adik aku sibuk promote passport hehehe

Comments

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete

Post a Comment