Skip to main content

Posts

DIENG DAN YOGJAKARTA (BAHAGIAN 2)

Jom layan beberapa gambar sunrise di bukit Sikunir, Dieng. Puas hati tatkala kaki penat memanjat bukit ni selama 30 minit. Lihat la Keindahan Ciptaan Allah di Dieng Negeri Atas Awan. seolah-olah kita berdiri di atas awan pintu masuk utama ke laluan Bukit Sikunir
Recent posts

DIENG DAN YOGJAKARTA (BAHAGIAN 1)

Mercu Tanda Dieng, Wonosobo Trip kali ni adalah yang paling ramai sepanjang saya mengembara. 9 orang semuanya dan mereka ni kawan saya juga tapi mengajar di daerah berlainan di Sabah. Maklumlah cuti sekolah sahaja sempat untuk kami berjumpa. Baik tanpa membuang masa mari saya ceritakan perjalanan pengembaraan saya kali ni.Trip kali adalah ke Yogjakarta selama 8 hari 7 malam. Memandangkan masa yang agak lama jadi kami memutuskan untuk memasukkan Dieng atau dikenali Negeri Atas Awan dalam itinerary kami untuk melengkapkan perjalanan 8 hari 7 malam. Perjalanan dari Lapangan Terbang Adisujipto,Yogjakarta ke daerah kecil Wonosobo memakan masa 3/4 jam perjalanan. Kami hanya singgah sebentar mengalas perut untuk makan tengah hari di tengah perjalanan. Dikhabarkan jalan ke Dieng terputus selama seminggu disebabkan kerja pembaikan jalan,maklumlh kami sampai di Yogjakarta seminggu selepas mereka dilanda banjir. Alhamdulillah rezeki kami tidak terlibat dengan banjir besar. Lebih ...

WELCOME BACK

Assalamualaikum, sudah 5 tahun blog ni bersarang tanpa sebarang update. Maklumlah 5 tahun sibuk dengan aktiviti dengan pelajar dan mengembara. Harap selepas ni tangan akan kerap menaip untuk memberi maklumat kepada pencari maklumat berkenaan pengembaraan sebagai wanita yang gila travel.

BANDUNG PART 2

Hari kedua pula kami menuju ke kawasan pelancongan Kawah Putih. Tempat ni jarang sekali pelancong malaysia datang mungkin disebabkan jaraknya yang terlalu jauh. Masa nak ke tempat ni memang siap kami tidur sampai entah ler berapa kali kami bangun tido  bangun tido. Tidak dapat dinafikan SUBHANAALLAH tempat ni memang cantik. Kami ke sini tak sampai pun 2 jam sebab hujan turun dengan lebatnya tapi kami gagahkan diri juga bergambar walaupun sulfur dan menawan Kawah Putih. Jom layan gambar kat bawah ni... bandar bandung yang padat depan masjid ada pasar malam cute kan..anak ayam colourful Simbolik Aktiviti penduduk bandung pada  pagi ahad..senamrobik entri seterusnya baru saya upload gambar kawah putih ya...

BANDUNG oh BANDUNG

BANDUNG oh BANDUNG urmmm..terlau lama meninggalkan blog ni..last entry pun bulan 6. Walau bagaimanapun, saya akan sambung entry saya mengenai bandung walaupun sebenarnya dah lapuk tapi agak berguna kepada pembaca seantero malaysia hehehe..Hari pertama kami breakfast bubur ayam di tepi jalan je sebab nak kejar masa ke Tangkuban Perahu. Aku tidak lah terlalu excited dengan Tangkuban Perahu ni sebab dah dua kali ak menawan puncaknya hahaha..tapi yang paling best adalah sejarah/mitos Tangkuban Perahu. kalaunak tahu mitos ni kena lah bertanya dengan penduduk tempatan kat situ.Nak tanya penjual strawberi pun xpe sebab mereka memang dah lama tahu mitos gunung tu.. Tangkuban Perahu bubur ayam memang klassss... dengan adik tersayanggg... ok nanti saya sambung entri seterusnya...

TIPS MELANCONG KE BANDUNG

Assalamualaikum, Bandung oh Bandung...hehehe, actually sejak beberapa tahun ni rakyat malaysia dah jadikan bandung tu tempat yang wajib dikunjungi dan ak pn diberikan rezeki untuk pijak bumi bandung untuk kali ketiga (cewahh mcm meninggi diri plak..). Sebenarnya rezeki Allah aku dah menjejakkan kaki kt bandung buat kali pertama masa tahun 2009, masa tu lawatan sambil belajar di Universitas Pendidikan Indonesia (UPI)..urmm universiti ni ala2 UPSI kalau di Malaysia =). Kali kedua menjejakkan kaki di Bandung masa tahun 2009 juga tapi kali ini tujuannya berbeza sedikit sebab sebelum ini datang bandung boleh bersuka ria tapi kali ini tidak sama sekali hehehe..Alhamdulilah saya telah dipilih untuk membuat latihan amali iaitu MENGAJAR di sekolah pendidikan khas di Bandung. So peluang ini menyebabkan saya sangat familiar dengan bandung dan ramai kawan kat sana. Disebabkan terlalu rindu dengan kawan-kawan di bandung yang peramah dan baik hati maka untuk kali ketiganya saya menjejakkan bandu...

welcome back part 2

hahahaha...dh lama x update2 blog ni..nak kata kekangan masa x jg malah masa tu terlalu banyak..urmm mungkin disebabkan kwsn tmpat saya mengajar tu line x ok sgt...tp still blh on9 lg.. =) insyAllah akan sy update beberapa perkara sepanjang thn lepas smpi bln mei 2013..fuhh byk tu..amekawww!!