Skip to main content

DIENG DAN YOGJAKARTA (BAHAGIAN 1)




Mercu Tanda Dieng, Wonosobo

Trip kali ni adalah yang paling ramai sepanjang saya mengembara. 9 orang semuanya dan mereka ni kawan saya juga tapi mengajar di daerah berlainan di Sabah. Maklumlah cuti sekolah sahaja sempat untuk kami berjumpa. Baik tanpa membuang masa mari saya ceritakan perjalanan pengembaraan saya kali ni.Trip kali adalah ke Yogjakarta selama 8 hari 7 malam. Memandangkan masa yang agak lama jadi kami memutuskan untuk memasukkan Dieng atau dikenali Negeri Atas Awan dalam itinerary kami untuk melengkapkan perjalanan 8 hari 7 malam.

Perjalanan dari Lapangan Terbang Adisujipto,Yogjakarta ke daerah kecil Wonosobo memakan masa 3/4 jam perjalanan. Kami hanya singgah sebentar mengalas perut untuk makan tengah hari di tengah perjalanan. Dikhabarkan jalan ke Dieng terputus selama seminggu disebabkan kerja pembaikan jalan,maklumlh kami sampai di Yogjakarta seminggu selepas mereka dilanda banjir. Alhamdulillah rezeki kami tidak terlibat dengan banjir besar. Lebih kurang dalam jam 6 petang baru kami sampai di tempat penginapan. Penat, lapar, lenguh, dan mengantuk tak perlu nak kata la, rasa semua ada kat badan ni. Cuac di Dieng amat la sejuk so kepada pengembara yang teringin nak ke Dieng sila pastikan anda membawa sweater ok.

Dari tempat penginapan kami menempuh cuaca sejuk dengan berjalan kaki mencari makanan. Macam biasa kami tempah makanan nasi ayam penyet. selepas makan balik ke penginapan dan tidur. Esok pagi kena bangun awal sebab nak panjat bukit Sikunir atau dikenali Negeri Atas Awan. Nak cerita owner homestay kami ni baik orangnya sb dia benarkan kami guna bilik yang terdapat dalam rumah tu even saya tempah hanya untuk tiga bilik. Nak tempah boleh tengok kat booking.com yer. Nama penginapan kami Dewa Ndaru Homestay, harga sangattttttt berpatutan.

Next entry kita layan sunrise di bukit Sikunir...

Comments

Popular posts from this blog

BANDUNG PART 2

Hari kedua pula kami menuju ke kawasan pelancongan Kawah Putih. Tempat ni jarang sekali pelancong malaysia datang mungkin disebabkan jaraknya yang terlalu jauh. Masa nak ke tempat ni memang siap kami tidur sampai entah ler berapa kali kami bangun tido  bangun tido. Tidak dapat dinafikan SUBHANAALLAH tempat ni memang cantik. Kami ke sini tak sampai pun 2 jam sebab hujan turun dengan lebatnya tapi kami gagahkan diri juga bergambar walaupun sulfur dan menawan Kawah Putih. Jom layan gambar kat bawah ni... bandar bandung yang padat depan masjid ada pasar malam cute kan..anak ayam colourful Simbolik Aktiviti penduduk bandung pada  pagi ahad..senamrobik entri seterusnya baru saya upload gambar kawah putih ya...

TIPS MELANCONG KE BANDUNG

Assalamualaikum, Bandung oh Bandung...hehehe, actually sejak beberapa tahun ni rakyat malaysia dah jadikan bandung tu tempat yang wajib dikunjungi dan ak pn diberikan rezeki untuk pijak bumi bandung untuk kali ketiga (cewahh mcm meninggi diri plak..). Sebenarnya rezeki Allah aku dah menjejakkan kaki kt bandung buat kali pertama masa tahun 2009, masa tu lawatan sambil belajar di Universitas Pendidikan Indonesia (UPI)..urmm universiti ni ala2 UPSI kalau di Malaysia =). Kali kedua menjejakkan kaki di Bandung masa tahun 2009 juga tapi kali ini tujuannya berbeza sedikit sebab sebelum ini datang bandung boleh bersuka ria tapi kali ini tidak sama sekali hehehe..Alhamdulilah saya telah dipilih untuk membuat latihan amali iaitu MENGAJAR di sekolah pendidikan khas di Bandung. So peluang ini menyebabkan saya sangat familiar dengan bandung dan ramai kawan kat sana. Disebabkan terlalu rindu dengan kawan-kawan di bandung yang peramah dan baik hati maka untuk kali ketiganya saya menjejakkan bandu...

welcome back part 2

hahahaha...dh lama x update2 blog ni..nak kata kekangan masa x jg malah masa tu terlalu banyak..urmm mungkin disebabkan kwsn tmpat saya mengajar tu line x ok sgt...tp still blh on9 lg.. =) insyAllah akan sy update beberapa perkara sepanjang thn lepas smpi bln mei 2013..fuhh byk tu..amekawww!!